Wednesday, June 29, 2011

KELAS JAHITAN LANGSIR

As salam,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga satu kemahiran menjahit langsir yang sempurna.  Insyaallah akan diamalkan apa yang diajar oleh ustazah termasuk ilmu ukhrawi.  (Betul ke ni?).  Lain je bunyinya kan.  Tak tau la, tapi kelas langsir bukan setakat kelas sahaja, tetapi betul2 apa yang hati ini hendakkan.  Kasihan rohani, selama ini berlapar. 



Berikut gambar-gambar kenangan bersama ustazah dan pelajar-pelajar lain.  Mungkin telah ditakdirkan kita berjumpa. Ustazah, kita ambil gambar yang ustazah letak dalam blog. Maklumlah tak de kamera lagi.  Tapi dengan perniagaan langsir yang akan berjalan tidak lama lagi, mungkin saya boleh dapatkan kamera sendiri.  Doakan saya semua para pembaca.

Monday, October 04, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2010 ANJURAN KELAB KRISTAL


Alhamdulillah.  Selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran 2010 anjuran Kelab Kristal pada 1 Oktober 2010 (Jumaat) lepas.  Memang meriah, tambahan pulak menjadi qariah membaca juz 30, surah annas di depan peserta, AJK dan Ustaz.  Tak pernah baca di hadapan khalayak ramai sebegini.  Inilah kali pertama. Seram juga, tapi memang best walaupun gementar, walaubagaimanapun lega rasanya dapat baca dengan baik tanpa teguran dari Ustaz.  Kira ok lah tu.  Next year, akan perbaiki lagi bacaan dan tajwid agar mendapat keredaan dari Allah s.w.t.  Seronok betul mengaji, rasa tak mahu berhenti pulak.  Habis je Bulan Ramadhan, kami pun selesai bertadarus 30 Juzuk, ramai2, dalam beberapa kumpulan.  Rasa tak puas, jadi, aku dan dua orang rakan sepejabat buat lagi belajar mengaji / tadarus tiap hari Rabu.  Seronok juga.  Harap-harap lancar lah bacaan Al-Quran yang suci.

Thursday, September 23, 2010

KURSUS PENULISAN SURAT DAN MEMO 20-21 SEPTEMBER 2010

Baru-baru ini, saya menghadiri satu kursus penulisan surat dan memo rasmi dianjurkan oleh syarikat dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka di Hotel Quality, Kuala Lumpur. 

Wednesday, September 08, 2010

Salam Aidilfitri

Tangan disusun maaf dipinta.  Andai terkasar bahasa harap maafkan.  Selamat bercuti, berhari raya, berhati-hati di jalan raya.  Semoga selamat kembali bertugas.

Friday, September 03, 2010

Sedikit Tazkirah Penawar Jiwa

Sempena Bulan Ramadhan baru-baru ini diadakan satu ceramah agama mengenai penawar jiwa.  Apakah penawar jiwa??

Sebelum itu...
Kita diberikan oleh Allah peluang untuk memohon apa sahaja yang kita hajati.  Diberikan lagi dalam 3 situasi:

Situasi Pertama (1):